Thursday, February 3, 2011

Nafas baru, Semangat baru


Dengan nama Allah Yang Maha pemurah, Maha Penyayang....

Ku mulakan langkah ku ini dengan nama Allah, agar sentiasa dalam redhanya..
Setelah sekian lama ku berhenti dari menulis, aku mula kembali. Sedar akan sabda baginda "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat...". Bagiku tiada yang mudah diharungi dalam kehidupan ini. Semakin hari semakin ku rasakan rintangan dan cabaran hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Kalau dulu aku hanya mendengar cerita dari mulut2 orang tentang rintangan hidup atau dakwah, namun kini, aku telah menghadapinya sendiri. Betapa peritnya yang harus ku hadapi. Namun, ku teringat kembali peasanan ukhtiku, "perjalanan kita masih jauh. Bersabarlah.. bahkan apa yang kau alami hanya sedikit dari rintangan dakwah yang sebenar"....ku sedar, perjalananku masih panjang. Aku harus terus berjuang, bangkit dan mara demi perjalanan yang panjang ini.

Bagiku, perjalanan dakwah adalah satu jalan yang penuh onak dan duri. Namun, natijah yang akan dicapai bak kebun2 yang di dalamnya terdapat buah-buahan yang segar2 belaka. Bunga2 yang indah mekar mewangi. Itulah natijah yang diimpikan dan diidamkan oleh setiap da'ie. Aku punya cita2 yang besar dan ku tahu, semakin besar cita2 ku, semakin banyak rintangan yang harus ku hadapi nanti....

"Dakwah memerlukan pengorbanan,pengorbanan masa dengan keluarga, pengorbanan harta, pengorbanan tenaga..dan segala pengorbanan itu akan dibayar oleh Alllah sekiranya ikhlas dalam hati"

Wallahua'lam.