Friday, July 30, 2010

Sedikit Perkongsian


Bismillahirahmanirrahim...Dengan nama Allah yang menggerakkan jari jemari untuk menulis pada kali ini setelah sekian lama tidak menulis...
Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat untuk menghirup oksigen tanpa berhenti walau sesaat TANPA BAYARAN..
Alhamdulillah, Allah memberi nikmat islam dan iman agar dapat terus beramal di jalan sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya..
Alhamdulillah, Allah memilih diri ini untuk berada di dalam suatu suasana yang sarat dengan ilmu, dan suasana yang penuh dengan amal islami, Insya-Allah.

Dunia kini penuh dengan cabaran...namun, diri ini bukanlah orang yang sesuai bagi membicarakan cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh manusia pada zaman era globalisasi. apa yang penulis bicarakan adalah yang berkaitan dengan diri penulis sebagai seorang hamba Allah yang diciptakan sebagai seorang yang bergelar annisa' atau al-mar'ah.

Penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang ditimba daripada perjalanan musafir penulis ke KONWANIS yang bertempat di Politeknik Port Dickson seminggu yang lalu. Alhamdulillah perjalanan ke sana tidak memberikan suatu yang sia-sia..

Forum yang telah disamapaikn oleh dua orang penceramah yang masih belum lanjut umur tetapi sudah hampir, merupakan penceramah yang mantap dan isi-isi yang disampaikan sangat 'bernafas' dan memberi suatu yang seumpama 'udara' yang segar dibawa angin laut...di sisni penulis ingin menyimpulkan pembentangn daripada penceramah-penceramah tersebut.

Indahnya wanita pada MALUNYA. Sebagaimana yang dirakamkan di dalam Al-Qur'an, kisah dua orang puteri Nabi Shuaib alaihissalam dengan Nabi Musa alaihissalam. Allah merakamkan kisah untuk memberi panduan kepada lelaki dan wanita bagaiman hendak berurusan anatara satu sama lain.
Diceritakan juga betapa istimewanya waniat ini adalah apabila Allah mengurniakan sifat Rahim-Nya kepada wanita dengan memberi rahim kepada wanita. Pemberian ini mengahasilkan wanita yang bersifat penyayang dan lemah lembut yang boleh meruntuhkan ego kaum..namun wahai yang bergelar wanita, lorongkan kasih sayang dan kelembutanmu itu kepada yang hak ke atasnya sahaja agar tidak tertimbul fitnah ke atasmu...

Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat ALLAH serta dijauhi daripada perkara yang mungkar.
WASSALAM

No comments:

Post a Comment